Assalamualaikum and Hye Readers..
Andainya kaulah jodohku yang sudah tertulis di Luh Mahfuz , Allah swt pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hati ku juga dalam hati mu . Itulah janji Allah swt !
Akan tetapi , selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang halal , selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu . Kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu . Juga jangan melampaui batas yang telah Allah swt tetapkan .
Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan aku kelak . Jika benar cinta itu kerana Allah swt maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah swt . Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah swt maka ia pun berhilir dari hanya kepada Allah swt .
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan . Serahkanlah rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya . Biarkan Allah swt yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya . Aamiin Ya Allah .
- Jarak yang paling jauh antara diri ku dan diri nya adalah saat dia dihadapanku tetapi dia bukan milik ku .
- Jarak yang paling dekat antara diri ku dan diri nya adalah saat dia menjadi yang halal untuk ku .
- Dan hal yang menyatukannya adalah cinta kerana Allah dalam ikatan pernikahan yang indah dan diredhai oleh-Nya .
Thanks For Reading
suke penulisan awak...like99!!
ReplyDeleteBahagianya kalau cinta kerana Allah...
ReplyDeleteterus bdoa agar bertemu si dia suatu hari nanti ;) sape la si dia tu kan hehehe persoalan yg sy pun x mampu jwb skrg ni :)
ReplyDelete