28 April 2012

Hari Ini Adalah Milik Ku

Assalamualaikum and Hye Readers..


Apabila aku berada di pagi hari , aku tidak menunggu waktu petang kerana hari ini adalah kesempatan untuk aku terus hidup . Oleh itu , aku tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu pergi dengan segala kebaikan apatah lagi keburukan yang menghiasi kehidupan aku . Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu akan muncul .

Hari yang saat ini mataharinya menyinari hidup aku dan siangnya pula menyapa hidup aku , membuatkan aku mampu memandang alam ciptaan Allah swt yang begitu indah . Itulah hari aku ! Aku akan manfaatkan hari itu sebaik-baiknya ! Maka aku menganggap masa hidup aku hanyalah hari ini sahaja , seakan-akan aku dilahirkan pada hari ini dan aku mungkin akan mati pada  hari ini juga .

Oleh itu , untuk hari ini aku harus mula membahagikan waktu dengan bijak . Aku ingin menjadikan setiap minit aku seakan ribuan tahun dan setiap detik aku seakan ratusan tahun . Aku ingin menjadikan hidup aku pada hari ini tanpa kesedihan , kemarahan , kedengkian dan kebencian .

Ingatlah wahai diri ku , apabila pada hari ini aku dapat meminum air yang menyegarkan , maka mengapa aku harus menangis dan bersedih atas air masin yang aku minum kelmarin .

Ingatlah wahai diri ku , hanya hari ini sahaja aku berkesempatan untuk mengatakan perkataan yang baik-baik sahaja , tidak bercakap kotor , tidak mencela sesama manusia , mengherdik dan juga membicarakan keburukan orang lain .

Ingatlah wahai diri ku , hanya hari ini sahaja aku berkesempatan untuk berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Allah swt , mengerjakan solat sesempurna mungkin , membekali diri ku dengan solat-solat sunat , berpegang teguh pada Al-Quran dan mencatatkan segala yang bermanfaat yang ada di dalamnya .

Ingatlah wahai diri ku , hanya hari ini sahaja aku berkesempatan untuk menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan aku akan mencabutnya dari pohon-pohon kejahatan yang kutanam sampai ke akar-akarnya . Aku akan mematahkan ranting-rantingnya yang berduri seperti sifat takabbur , ujub , riyak dan buruk sangka .

Ingatlah wahai diri ku , hanya hari ini sahaja aku berkesempatan untuk menghirup udara kehidupan . Maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan ku kepada sesiapa pun . Aku akan memberi makan kepada orang yang sedang kelaparan , menolong orang yang dalam kesulitan , membantu orang yang dizalimi , mengasihi mereka yang menderita , dan aku akan berbakti kepada orang tua aku .

Ingatlah wahai diri ku , aku hanya akan hidup pada hari ini sahaja , maka aku akan mengucapkan " Wahai masa lalu ku yang telah berlalu pergi , tenggelamlah seperti matahari di petang hari " ! Aku tidak akan pernah menangisi pemergiaanmu . Kamu tidak akan pernah sesekali melihat aku termenung sedetik pun untuk mengingatimu . Kamu telah meninggalkan aku dengan beribu persoalan buat diri ku dan kamu jangan pernah  kembali lagi dalam hidup aku !

" Wahai masa depan ku , engkau masih dalam keghaiban " ! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan ku dan menjual diri ku hanya untuk sebuah dugaan . Aku tidak akan bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada dan belum tentu pasti .

Ingatlah wahai diri ku , " Hari Ini Adalah Milik Mu " ! Ungkapan yang paling terindah dalam " kamus kebahagiaan ku " iaitu kamus yang aku menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan .


Thanks For Reading

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Tuan Puan Komen yang Cantek & Hensem .
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini .
Satu Pun Jadi lahh . Hekhek ^_^

✿✿✿✿copyright©2011-2014 all rights reserved by fiza suhaimi✿✿✿✿