28 April 2012

Wahai Pemilik Tulang Rusuk Ku

Assalamualaikum and Hye Readers..


Wahai pemilik tulang rusuk ku , akan ku mencari dan mendapatkanmu . Akan ku sentiasa menanti dan berdoa agar dipertemukan denganmu . Jika bukan di sini , mungkin di syurga nanti . Aku mengharapkan engkau adalah seorang yang baik akhlaknya dan kuat imannya .

Sesungguhnya aku sentiasa menunggu dan menanti disertai oleh doaku agar dipertemukan denganmu . Dalam setiap detik saat ku yang terus berlalu , aku terus menjadi seorang yang perindu , yang sentiasa memperbaiki diri ku agar menjadi suri terbaikmu .

Biarpun masa bagaikan cemburu , aku terus menunggu dan menunggu , tidak pernah sekali aku merasa jemu , kerana aku sentiasa sematkan dalam hatiku . Aku yakin kau jua sedang berusaha mencari diriku sambil terus mempersiapkan dirimu untuk menjadi yang terbaik buat diriku .

Walaupun aku tidak pernah tahu siapakah dia pemilik tulang rusuk ku .

✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik ..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi ..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya ..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi ..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti , aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai ..


Thanks For Reading

Andai Kau Jodoh Ku

Assalamualaikum and Hye Readers..


Andainya kaulah jodohku yang sudah tertulis di Luh Mahfuz , Allah swt pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hati ku juga dalam hati mu . Itulah janji Allah swt !

Akan tetapi , selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang halal , selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu . Kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu . Juga jangan melampaui batas yang telah Allah swt tetapkan .

Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan aku kelak . Jika benar cinta itu kerana Allah swt maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah swt . Kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah swt maka ia pun berhilir dari hanya kepada Allah swt .

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan . Serahkanlah rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya . Biarkan Allah swt yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya . Aamiin Ya Allah .


  • Jarak yang paling jauh antara diri ku dan diri nya adalah saat dia dihadapanku tetapi dia bukan milik ku .
  • Jarak yang paling dekat antara diri ku dan diri nya adalah saat dia menjadi yang halal untuk ku .
  • Dan hal yang menyatukannya adalah cinta kerana Allah dalam ikatan pernikahan yang indah dan diredhai oleh-Nya .


Thanks For Reading

Hari Ini Adalah Milik Ku

Assalamualaikum and Hye Readers..


Apabila aku berada di pagi hari , aku tidak menunggu waktu petang kerana hari ini adalah kesempatan untuk aku terus hidup . Oleh itu , aku tidak perlu memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu pergi dengan segala kebaikan apatah lagi keburukan yang menghiasi kehidupan aku . Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu akan muncul .

Hari yang saat ini mataharinya menyinari hidup aku dan siangnya pula menyapa hidup aku , membuatkan aku mampu memandang alam ciptaan Allah swt yang begitu indah . Itulah hari aku ! Aku akan manfaatkan hari itu sebaik-baiknya ! Maka aku menganggap masa hidup aku hanyalah hari ini sahaja , seakan-akan aku dilahirkan pada hari ini dan aku mungkin akan mati pada  hari ini juga .

Oleh itu , untuk hari ini aku harus mula membahagikan waktu dengan bijak . Aku ingin menjadikan setiap minit aku seakan ribuan tahun dan setiap detik aku seakan ratusan tahun . Aku ingin menjadikan hidup aku pada hari ini tanpa kesedihan , kemarahan , kedengkian dan kebencian .

Ingatlah wahai diri ku , apabila pada hari ini aku dapat meminum air yang menyegarkan , maka mengapa aku harus menangis dan bersedih atas air masin yang aku minum kelmarin .

Ingatlah wahai diri ku , hanya hari ini sahaja aku berkesempatan untuk mengatakan perkataan yang baik-baik sahaja , tidak bercakap kotor , tidak mencela sesama manusia , mengherdik dan juga membicarakan keburukan orang lain .

Ingatlah wahai diri ku , hanya hari ini sahaja aku berkesempatan untuk berusaha sekuat tenaga untuk taat kepada Allah swt , mengerjakan solat sesempurna mungkin , membekali diri ku dengan solat-solat sunat , berpegang teguh pada Al-Quran dan mencatatkan segala yang bermanfaat yang ada di dalamnya .

Ingatlah wahai diri ku , hanya hari ini sahaja aku berkesempatan untuk menanam dalam hatiku semua nilai keutamaan dan aku akan mencabutnya dari pohon-pohon kejahatan yang kutanam sampai ke akar-akarnya . Aku akan mematahkan ranting-rantingnya yang berduri seperti sifat takabbur , ujub , riyak dan buruk sangka .

Ingatlah wahai diri ku , hanya hari ini sahaja aku berkesempatan untuk menghirup udara kehidupan . Maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan ku kepada sesiapa pun . Aku akan memberi makan kepada orang yang sedang kelaparan , menolong orang yang dalam kesulitan , membantu orang yang dizalimi , mengasihi mereka yang menderita , dan aku akan berbakti kepada orang tua aku .

Ingatlah wahai diri ku , aku hanya akan hidup pada hari ini sahaja , maka aku akan mengucapkan " Wahai masa lalu ku yang telah berlalu pergi , tenggelamlah seperti matahari di petang hari " ! Aku tidak akan pernah menangisi pemergiaanmu . Kamu tidak akan pernah sesekali melihat aku termenung sedetik pun untuk mengingatimu . Kamu telah meninggalkan aku dengan beribu persoalan buat diri ku dan kamu jangan pernah  kembali lagi dalam hidup aku !

" Wahai masa depan ku , engkau masih dalam keghaiban " ! Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan ku dan menjual diri ku hanya untuk sebuah dugaan . Aku tidak akan bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada dan belum tentu pasti .

Ingatlah wahai diri ku , " Hari Ini Adalah Milik Mu " ! Ungkapan yang paling terindah dalam " kamus kebahagiaan ku " iaitu kamus yang aku menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan .


Thanks For Reading
✿✿✿✿copyright©2011-2014 all rights reserved by fiza suhaimi✿✿✿✿