22 March 2013

There's A Rainbow Always After The Rain

Assalamualaikum and Hye Readers..


Petang ini aku santai lagi dekat balcony rumah. Nyaman betul hembusan angin yang menyapa. Mata aku memandang ke langit, Subhanallah cantik betul langit biru yang terbentang luas. Aku tersenyum sendiri, tanda hati syukur dan tenang melihat ciptaan Allah Azza Wa Jalla. Teringat aku akan kata semangat seseorang yang pernah dia cakapkan kepada aku : 

"Memories still remain as memories but life must go on. Memories is past, today is present and we have prepared tomorrow for the future"

Aku bersyukur kerana diuji sebegini. Tidak semua orang dapat merasainya. Mungkin hanya yang terpilih saja. Tidak pernah sekali aku mengeluh. Jadi perempuan kenalah kuat. Sabar, redha, ikhlas dan syukur. Janji Allah swt itu pasti. Dia tidak pernah ambil apa yang kita miliki, sebaliknya Dia ingin menggantikan dengan sesuatu yang kita sendiri tak pernah jangka. Sesuatu yang akan membuat kita lebih tersenyum pada masa yang akan datang. Walaupun lambat tetapi percayalah. Allah have another awesome plans for us and me.

"If Allah can take away something you've never expected losing, He can replace them with something you've never imagined having"

Allah swt mengizinkan aku disakiti hari ini agar esok aku tahu untuk mengubati orang yang terluka. Allah swt membuat aku menangis hari ini agar esok aku mampu menghiburkan orang yang bersedih. Allah swt menjadikan aku manusia dengan kelemahan dan kelebihan agar aku sedar dan tahu bahawa hanya dengan doa dan usaha, Allah swt akan menjadikan segalanya indah pada waktunya. Insyaallah. Aku akan terus bersangka baik kepada Allah swt. =)

"The pain you feel today is the strength you feel tomorrow. For every challenge encountered there is opportunity for growth"

So lepas ni takde lagi cerita cerita sedih. Aku nekad dan minta izin daripada Allah swt untuk melepaskan semua cerita itu. Biarlah masa yang membawa pergi. Jangan diungkit lagi, jangan dibahas lagi dan jangan dibuka lagi cerita itu. Aku menjadikannya sebagai pengajaran hidup. Yah, I wont let myself down! I take this as a test from Allah swt gave to me. I still have a better journey to go and live. Smile, strong and always positive.

"Ujian ini hanya mendidik hati, ujian ini tanda sayangNya. Bersabarlah. Kebergantungan pada yang satu, Allah swt"


Syukur Alhamdulillah Allah even couple of months ago aku stop menaip, tapi jari jemari runcing ini still boleh menari dengan lentoknya atas my beloved keyboard yang sekian lama dirindui. Hiks! See, my last precious entry since 24 September 2012 right. Seriously memang berkurun. Huwargh sedih rasanya banyak benda yang aku tak dapat nak kejar.

Tagboard sepi. Pembaca setia lari. Followers pun dah tak pernah naik saban bulan. Wuwuwuu sedih. There are sooo many things that i really have to do and shared. But dont worry, Haks! :p Insyaallah footpints korang akan dibalas semuanya. Seorang pun takkan terlepas pandang. Insyaallah.

Thanks alot for all your support, your taking the times off to read my nonsense entry and for sending in your comments as well. A million thanks for those whose yang tak pernah jemu paksa manja aku untuk menaip semula. Miko, Aimi, Liyana, Nafisah, Mici and the rest blogger Apakah?. Lastly, I would like to special thanks for someone because he always be the best one for me. May Allah swt guide you to success and bliss.


Oh sebelum aku lupa, it was really unexpected ya. Headline last entry aku sama dengan headline entry Korn. Dia yang tegur dulu. Lets terjah! Jangan marah ya korn :p Till then salam people.

#Say welcome back to me :D

Thanks For Reading

24 September 2012

Aku Bahagia Bila Kau Bahagia

Assalamualaikum and Hye Readers..



Pengalaman yang lepas mengajar diri kita untuk lebih dewasa. Semakin hari semakin hebat ujian yang Allah swt berikan kepada kita. Semakin waktu berjalan dengan pantas semakin kita kenal apa itu erti hidup. Setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Everything happens for a reason. Seseorang pernah cakap kepada aku :

"Life is never easy. Don't easily quit. So this is what we call as Dugaan"

Aku banyak belajar apa itu erti dicinta, erti mencintai, erti disayangi, erti menyayangi dan erti bagaimana untuk menghargai seseorang itu sebelum dia pergi buat selamanya daripada hidup aku. Semua itu aku ambil sebagai satu pengajaran dan pengalaman yang paling berharga dalam hidup aku untuk aku teruskan perjalanan kehidupan aku.

Bukan kerana aku terlalu mengagungkan cinta manusia melebihi daripada aku mencintai cinta Allah, cinta yang hakiki, cinta yang tak pernah menyakitkan dan cinta yang tak akan pernah hilang daripada hidup kita. Dan bukan jua kerana aku terlalu mengagungkan cinta dia melebihi daripada aku mencintai family aku sendiri.

Tetapi dia pernah hadir dalam hidup aku. Dia pernah membuat hidup aku bahagia. Dia sentiasa tersenyum bila dengan aku. Dia selalu menjadi orang yang pertama untuk mendengar masalah aku.

Dia pernah cakap kepada aku "hidup ini menyusahkan tetapi mati itu menakutkan" Sehingga hari ini aku masih ingat lagi kata kata dia pada aku. Kenangan dia bersama dengan aku. Walaupun aku tidak tahu apa maksud kata kata dia tetapi aku tahu dia selalu ingin menyedarkan aku bahawa kehidupan ini hanya sekali, hargailah kehidupan kita dengar penuh rasa bersyukur.

Terlalu sukar untuk aku melupakan semua kenangan itu, pahit rasanya. Tujuh tahun perkenalan antara aku dan dia. Tetapi itulah hakikatnya. Walaupun hati aku menangis untuk melupakan semua itu, aku harus move on. Aku harus kuatkan diri untuk redha dengan apa yang sudah terjadi. Aku pernah menangis dihadapan mak aku. Mak aku cuba pujuk, dan aku masih ingat lagi kata kata mak aku kepada aku untuk tenangkan hati aku :


"Setiap yang ada dengan kita itu, dia pasti akan pergi meninggalkan kita jua pada satu hari nanti"

Sehingga hari ini aku masih lagi menyimpan perasaan itu, tetapi cukuplah aku hanya karang kisah cinta antara aku dan dia di dalam doa aku pada hadapan Allah swt. Mungkin nama aku tidak ada dalam istikharah dia. Aku redha dengan apa yang terjadi. Allah swt sudah aturkan semuanya antara aku dan dia. 

Sekarang aku hanya mampu tersenyum bahagia bila melihat dia bahagia. Aku sudah pun mempunyai kehidupan baru. Aku yakin dia jua sedang bahagia dengan kehidupan baru dia. Saya nak cakap sesuatu kepada awak :

"Thank you for making me laugh when I'd almost forgotten how to"

Sudah beribu langkah saya tanpa awak, lemah sekali rasanya. Sekarang saya cuba belajar bagaimana untuk berdiri di atas kaki sendiri di saat saya berada pada tahap yang paling bawah.

Terima kasih untuk kenangan tujuh tahun yang lepas. Saya terlalu menghargai kehadiran awak di dalam hidup saya. Walaupun terlalu pahit rasanya, tetapi saya harus telan semua itu demi kebahagiaan awak dan saya. Tanpa saya sedar sudah enam bulan awak pergi daripada hidup saya, saya masih terasa bahawa baru kelmarin kita kenal.

Terima kasih kerana awak selalu mengingatkan saya pada Jannatul Allah swt. Terima kasih kerana awak selalu menjadi  yang terbaik buat saya, dan terima kasih kerana awak selalu terima pelbagai kekurangan saya. Awak akan selalu diingatan saya walaupun awak adalah masa lalu saya. Thank you for the memories.


Jodoh adalah rahsia Allah swt, mati juga adalah rahsia Allah swt. Mungkin dia tengah mempersiapkan diri dia untuk menjadi yang terbaik, manalah nak tahu kan :)

Thanks For Reading

5 September 2012

Kemeriahan Syawal Menggamit Kenangan

Assalamualaikum and Hye Readers..

Hai korang semua. Sihat? Serious agak lama aku tak update new entry. Aku tahu kebanyakkan bloggers dah update entry pasal raya. Cuma aku saja yang belum update. Raya pun dah nak habis. Sekarang jari jemari aku ni sedang bertungkus lumus menari atas keyboard. Menaip dengan rancaknya. Heheh.

Tahun ini aku beraya agak sakan mengalah budak umur 5 tahun beraya. Heheh. Especially apabila my whole family berkumpul. Setahun sekali baru dapat berkumpul. Terasa kemeriahan itu. Banyak cerita yang nak dikongsikan. Tak kiralah cerita happy atau sedih. Most important, we are still together and gathered to celebrate Eid ul-Fitr. Alhamdulillah :)

This is my family

So, In the morning after raya prayers, tetiba air mata aku mengalir untuk kali yang keberapa pun entah. Aku cuba berbisik di dalam hati nurani aku :

"Wahai air mata, sudahlah. Hentikan tangisanmu itu. Mata dan hatimu ini terlalu letih. Ukirlah lebih senyuman dibibirmu"

Yes! aku harus tersenyum dan bergembira disisi keluarga tercinta aku. Apatah lagi apabila dibulan yang baik dan dinanti oleh seluruh umat Islam. And I believe Allah swt is always there with me :)

belakang kiri : kakak sulung, mak, abah dan adik bongsu
bawah kiri : aku dan adik nombor tiga

say cheese :D

Baju raya aku tahun ini actually warna merah hati tapi entah kenapa bila dalam gambar nampak warna hitam. Siap dengan labuci lagi. Gila kau Jah kalau tak melelit, daripada jauh dah boleh nampak. Ehehe. Cumanya kakak sulung dan adik bongsu aku bajunya warna sweet pinky.

kenapa muka mak tenggelam

anak dara Puan Rosimah

Masa ni still awal pagi raya. Rumah jejiran pun belum aku ziarah. Aku lah orang yang paling gedikss nak bergambar after raya prayers. Hahah. Tapi apabila dalam gambar kata mak aku "aku orang yang paling malu-malu kucing" cover ayu lah katakan. Heheh.

kami bukan kembar

Teringat aku pada zaman kanak-kanak aku. Adik aku selalu tak nak mengalah dengan aku. Masa umur aku 5 tahun and aku daftar masuk tadika, dia pun nak masuk tadika dengan aku. Siap boleh menangis. Sampai sekarang if ke mana pun kami pergi mesti ada suara yang cakap "kakak macam adik and adik macam kakak" Okeyy, benda tu memang aku kena terima. Terasa la awet muda. Hehehe.



Finally sampai jugak rumah tok sebelah mak aku. Family aku je yang sampai lambat. Iyelah sibuk bergambar sangat dan pergi raya rumah jejiran. Sampai je aku terus cari rendang ayam tok aku. Memang terbaiklah rendang ayam tok aku. Tiap-tiap tahun mesti wajib! Tak sah kalau tak ada rendang ayam.

Yang budak budak sibuk mengira duit raya. Aku apa lagi. Pergi tumpang sekaki kira dengan cousin aku. Fuhh, memang banyak yang dorang dapat. Kau jeles lettew Fiza. Hahah. Memang pun! Aku paling kurang dapat 50 hinggit je daripada abah aku. Boleh la masuk tabung haji even dapat sikit je.


Sakan punya raya tanpa aku sedar dah malam rupanya. Get ready untuk balik rumah. Serious letih. Rasa macam nak merangkak je masuk dalam kereta. Nak tidur rumah tok, aku tak bawak baju lebih. Tengok la punya bagus anak dara daripada lepas balik sembahyang raya until malam still pakai baju yang sama. Sebelum nak balik sempat jugak aku snap gambar dengan sepupu aku yang paling aku sayang. Nur Damia Uzma binti Azhar.


Korang semua! Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Salah dan silap aku tolong maafkan sepanjang aku bergelar blogger. InsyaAllah, kalau umur aku panjang and if ada gathering blogger, aku akan join and kita semua akan berjumpa. Semoga tali persahabatan kita semua akan terus berkekalan. Aamiin.


Thanks For Reading

1 August 2012

Wordless Wednesday : I Love You Mom !

Assalamualaikum and Hye Readers..


Mom , I love you more than you love me ! You're the best mom in the world . I proud to be your daughter . I Love You Mom ! Muahh ! :)

Thanks For Reading

23 July 2012

Harapan Ramadhan

Assalamualaikum and Hye Readers..

Hai anda anda semua.. Berkurunnya aku tak mengupdate entry baru.. Traffic blog aku pun slow je sebab pembaca setia aku entah hilang ke mana.. Ehh, aku ada pembaca setia ke? Heheh.. Firstly, aku nak minta maaf yang tersangat dekat korang semua.. Jejak yang korang tinggalkan bukan sengaja aku nak ingore tapi seriously kesibukan melanda diri aku.. Sorry yang teramat.. :D


Alhamdulillah, dah masuk 3 Ramadhan pun.. Rasanya aku masih sempat nak ucapkan Salam Ramadhan kepada all readers.. Harap korang semua sihat dan tabah untuk menjalankan ibadah puasa.. Mari kita semua mengucapkan Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan.. Aku mengharapkan Ramadhan aku pada kali ini penuh dengan makna.. InsyaAllah, dengan izin Allah swt aku ingin lalui Ramadhan pada tahun ini dengan sempurna.. :)


Hati aku gembira berbaur sayu.. Gembira sebab aku dapat meraih fadhilat bulan mulia ini.. Tapi perasaan sayu itu datang apabila aku memikirkan seandainya ini adalah Ramadhan terakhir buat diriku.. Sahur terakhirku.. Iftar terakhirku.. Terawih terakhirku.. Tadarus terakhirku.. Dan mungkin juga takbir terakhirku.. Aku mengharapkan semoga masih ada lagi kesempatan buat diriku Ya Allah.. :)

" Ya Allah, jika sudah tertulis Ramadhan ini yang terakhir buat diriku, berilah aku kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah-Mu semampuku. Berilah aku ketenangan dan kelapangan untuk menghabiskan bacaan kalimah-kalimah suci-Mu. Berikanlah juga kegembiraan dan kesyukuran setiap kali aku bersahur dan berbuka kerana-Mu. Sesungguhnya Kau Maha Mendengar lagi Maha Mengasihi. Aamiin Ya Allah. :) "


Thanks For Reading
✿✿✿✿copyright©2011-2013.all rights reserved by fiza suhaimi✿✿✿✿