5 August 2013

Rindu

Assalamualaikum and Hye Readers


Bismillah. Sudah lama rasanya aku tidak mencorek bait kata yang semakin bersarang di hati ini. Begitu banyak cerita yang ingin aku lakarkan. Rindu yang semakin membunga. Rindu yang semakin tiada siapa mengerti. Allah. Sungguh, aku terlalu rindu. Rindu ingin melihat semula bagaimana tarian jari jemari ini menari dengan riang di atas papan kekunci.

" Kadang kala aksara yang terhasil daripada tarian jari jemari itu menghasilkan semua rasa yang tersirat di hati "

Aku termenung sendiri lagi sambil melihat langit biru Allah Azza Wa Jalla yang terbentang luas. Aku berbisik kepada hati dengan setenang hembusan angin yang menyapa diri :

" Jika aku menjadi burung, ingin sekali aku terbang lebih jauh. Lari jauh daripada segalanya, meninggalkan semua yang aku ada semata-mata hanya ingin meraih Redha Illahi "

Sejujurnya, aku menulis ini dengan berbaki air di mata. Puas aku menangis tatkala menghadapi musibah di hati. Hanya satunya bonda yang tercinta mengerti bagaimana sakitnya air mata yang mengalir ini. Tidak putus bonda memujuk :

" Wahai anakku, kerana air mata itulah yang akan memaniskan semuanya "

Aku mengukir segaris senyuman, sebolehnya untuk mencuba menarik hela nafas yang panjang dan menghembusnya perlahan.

" Wahai Allah, bisiklah selembutnya di telinga ku bahawa Engkau sentiasa bersama dengan ku, bahawa Engkau sentiasa menggenggam erat jari jemari ku, bahawa Engkau sentiasa mengesat air mata ku, dan bahawa Engkau sentiasa tersenyum buat diriku agar aku tidak tersungkur lagi "

Walaupun sakit sekali rasa ini, aku sabar menanti. Mungkin Allah Ar-Qawwiy mahu mengajar aku sesuatu tentang rasa kesedihan tempoh hari. Aku hadapi dengan senyum yang ikhlas di bibir kerana aku percaya sekali Allah Ar-Rahim sedang merancang sesuatu yang akan membuatkan aku tersenyum lebih kelak. Anugerah hadiah yang paling terindah, yang tidak pernah diduga. Mungkin?



Aku raihkan ikhlas dalam hati sedalamnya kerana aku percaya bahawa kelembutan dan kasih sayang selalu lebih mampu mengubah manusia. Kerana di situ letaknya fitrah seorang mutarabbi yang ingin disayangi murabbinya. Aku terima dengan terbuka takdir dan pemberianNya. Hanya mampu mengungkap rasa syukur, dalam sujud.

Dalam senyum, dalam tangis, dalam kata-kata, dalam hati, dalam segala perasaan yang selalu tak terungkap, dalam harapan dan impian. Bahawa aku bersyukur. Bahawa aku redha dengan segala ketentuan Illahi.

Doaku saban hari adalah tanda kepasrahanku padaMu. Sesungguh-sungguhnya rela aku mengadu, merintih, mengharap pada Engkau yang Maha Berhak, berbanding melepaskan keluhan berat yang tidak mahu terdengar oleh jiwa-jiwa manusia.




Sebelum mata pena diangkat, izinkan aku untuk melakar coretan hanya sebaris buat seseorang yang selalu diingati dan dirindui. Sisa air mata yang masih berbaki ini, terus mengalir dengan lebih lagi. Akan tetapi digagahi juga dengan berbekalkan sedikit kekuatan yang Allah Ar-Majiid pinjamkan kepada ku.



Buat kamu yang selalu aku ingati ,

Aku ke mari untuk bertanya khabar tentang kamu yang sudah lama tidak aku ketahui khabarnya. Bagaimana dengan keadaanmu hari ini? Aku pasti semuanya baik sahaja. Aku pasti sudah tentu kamu bahagia sekali bersama keluarga tercintamu. Dan aku pasti pada saat ini sudah tentu kamu tersenyum lebar sekali dikelilingi oleh orang-orang yang mengasihi dirimu.

Buat kamu yang selalu aku rindui ,

Sesungguhnya, kamu hanya perlu tahu bahawa aku di sini masih tidak henti mendoakanmu agar kamu bisa merasa rindu ku padamu yang selalu tidak terungkap. Sesungguhnya, kamu hanya perlu tahu bahawa aku di sini masih tidak henti mendoakanmu untuk suatu saat kita bisa ketemu.

Sesungguhnya, kamu hanya perlu tahu bahawa aku di sini masih tidak henti mendoakanmu untuk kamu bangun dengan semangat yang kental agar kamu bisa mencapai cita-cita kamu. Semoga semangat itu mampu melonjakkan dirimu lebih dan lebih lagi.

Sesungguhnya, kamu hanya perlu tahu bahawa aku di sini masih tersenyum mendoakanmu agar kamu jua bisa mengukir senyuman selalu walau dalam apa jua keadaan mu, walau aku sudah tiada di sisi mu kelak. Semoga senyuman itu mampu membuatkan orang sekeliling mu bahagia.

Buat kamu yang selalu aku sayangi ,

Sesungguhnya, kamu hanya perlu tahu bahawa aku di sini masih tidak jemu mendoakanmu untuk suatu saat nanti kita bisa bersatu. Semoga Allah permudahkannya. Semoga Allah mendengarnya. Akan tetapi jika Allah sudah punya perancangan lain yang lebih indah buat kamu dan aku, ingatlah kata ku pada mu suatu ketika dahulu :

" Aku di sini sentiasa mendoakanmu agar suatu saat kamu bisa ketemu dengan seseorang yang lebih menghargai dirimu "

Kerana takdir Allah tiada siapa dapat mengubahnya. Aku redha sesungguhnya jika Allah sudah tulis perjalanan hidup ku sebegini. Aku percaya sekali dengan janji Illahi. Janji yang bisa membuatkan aku tersenyum lebih nanti walaupun pada saat ini aku merasa sakit sekali :)

" Hatiku memiliki doa sederhana , yang ingin menjadi sesuatu yang selalu bertahan dalam doamu "

Sebelum aku mengakhiri rangkai-rangkai aksara yang terakhir ,

Buat kamu yang sentiasa berada di dalam doa ku, maafkan diri ini seandainya ada sebaris namamu yang sering meniti dibibirku, dalam setiap doa-doa harianku. Tentang kenangan semalam yang telah kita ukirkan bersama, hingga terlihat warna-warna pelangi, akan ku sebut jua dalam setiap doa-doa harianku. Dengan harapan, semoga Allah Taala pantulkan semua itu ke dalam hati mu, agar kamu bisa mengukirkan satu senyuman yang amat manis :)

" Mungkin lebih bermakna seandainya sentiasa diingati dalam doa walaupun tidak bersama "


Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran.
Semoga menjadi anak kebanggaan bonda tercinta dan arwah ayahanda tersayang di sana.
Segaris senyuman ku ukirkan kepada mu, senyuman yang membawa seribu makna.

Aku yang selalu mengingatimu,
            Fiza Suhaimi


-Salam 27 Ramadhan-
Thanks For Reading

6 comments:

  1. Akak, jiwangnyaa.
    Btw, jangan sedih sedih. Nnti ai pun sedih :/

    ReplyDelete
  2. Salam...moga fiza bahagia dunia akhirat

    ReplyDelete
  3. salam fiza....terharunya dengan kata2 fiza...:)

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru dengan azam baru..

    ReplyDelete
  5. rindu tu kadang ssh nk describe kan..huhu p/s..mestilah ingt lg..hihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum Tuan Puan Komen yang Cantek & Hensem .
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini .
Satu Pun Jadi lahh . Hekhek ^_^

✿✿✿✿copyright©2011-2014 all rights reserved by fiza suhaimi✿✿✿✿