28 July 2011

Program Sireh Pulang ke Ganggang

Assalamualaikum and Hye Readers..



Hai korang semua.. Aku rindu korang! Korang sihat? Aku? Alhamdulillah.. Sihat dengan jayanya.. Hari ini dekat sekolah aku tak belajar.. Best tersangat sampai aku melompat terkinja-kinja.. Haha.. 

Students form 6 terlibat dalam hall untuk Program Sireh Pulang ke Ganggang.. Memang best habis.. Kakak dan abang facilitator yang sungguh whatever.. Dorang kongsikan pengalaman dorang masa dorang study form 6 dan sampailah dorang berjaya masuk universiti.. 

Bila aku dengar semua tu, tetiba perasaan malas aku yang menguasai segalanya terus hilang.. Malah aku tanam azam baru.. Aku akan study sampai aku dapat keputusan exam yang cemerlang.. Aku bukan sahaja study untuk lepas tangga kejayaan STPM tapi aku akan study sampai akhir hayat aku.. InsyaAllah.. Aamiin..

Program ini ada jugak selit pasal cinta cintun.. Kalau ikutkan aku nak cerita sampai esok pagi pun tak habis.. Aku ringkaskan lah ye.. Prasyarat cinta ada empat :

Pertama - Mempunyai niat untuk kahwin :
  • Jangan taburkan janji-janji manis yang tak guna. Simpankan perasaan kahwin tu dahulu dan luahkan apabila sampai masa yang sesuai dan dengan izin Allah swt. Ingat, jangan terburu-buru!
Kedua - Cinta kepada Allah SWT dan insan lain :
  • Kita mencintai seseorang seperti mana kita mencintai Allah swt. InsyaAllah hubungan kita akan berkekalan dan bahagia.
Ketiga - Aurat kena jaga :
  • Tidak kira sama ada aurat percakapan, pakaian, mata dan sebagainya haruslah kita pelihara untuk mencegah daripada melakukan kemungkaran.
Keempat - Menjauhi daripada perkara yang melalaikan :
  • Dek kerana kita suka sangat bercinta sampai kita lupa hendak menunaikan solat. Mana tidaknya kita terlalu leka mesej atau keluar seharian dengan teman istimewa kita itu sehinggakan kita lupa berdoa dan menunaikan yang wajib kepada Pencipta kita.
Itulah sedikit sebanyak yang aku dapat kongsi dengan korang semua.. Take a note okeyy korang semua dengan tips yang aku share ni.. Akhir sekali, tidak lupa jugak kepada Faci Suria dan Faci Wandi sebab sudi menjadi kakak dan abang Faci kepada kumpulan kami yang terlalu kegila-gilaan.. Harap lepas ni kita dapat berjumpa dekat universiti.. InsyaAllah.. :)

Thanks For Reading

6 July 2011

Si Kecik Damia Uzma

Assalamualaikum and Hye Readers..

Seminggu dia bertapak dekat rumah aku.. Dia gaduh dengan abah dia nak tidur dekat rumah aku.. Umur si cilik nih baru tiga tahun.. Tapi cerdik yang amat.. Aku pun kalah kalau cakap dengan dia.. Cerdik sepasal.. Pandai cakap pulak tuhh.. Yang paling aku suka dengar dia cakap time busuk mengaum.. Aku pun tak tahu la dekat mana dia dengar perkataan tuu.. Tapi bila dia dah balik rumah dia.. Kami sekeluarga memang terasa rindu sangat dekat dia.. Iye lahh, kami jaga dia sejak dia kecil lagi.. Aku suka budak-budak yang comel then cerdik plak tuu.. Syokk sangat bila main dengan budak-budak yang nak membesar nihh.. Otak dorang sentiasa berfikir..

Damia Uzma Binti Azhar

Thanks For Reading

Round Penang

Assalamualaikum and Hye Readers..

Lama rasanya blog aku ni tak berupdate kan? Okeyy, cuti sekolah yang lalu aku pergi round-round sekitar Penang dengan family.. Best bukan main kepalang even round dalam negeri sendiri.. Sampai je rumah malam tuu aku terus tidur.. Bukan hapa.. Letih punya pasal laa katakan.. 

1st Destination :
Tren Penang Hill yang Baru Sangatlah Laju
Huh.. Takut aku.. Dah laa time tuu aku kena berdiri.. Orang muda la katakan.. Aku dahulukan orang yang lebih berumur daripada aku untuk duduk.. Memang gayat sangat tengok masa tren tuu naik and turun bukit.. Masa aku naik tren ni hujan.. Scenery jadik kabur.. Tapi nasib baik hujan kejap jee.. Kalau tak terbantutlah keseronakkan kami..

Tren yang sangat laju!
Peace ^_^v

Wuhuuu! Akhirnya aku sampai jugak dekat Puncak Bukit Bendera.. Best sangat! Teruja semua ada.. Belum sempat apa-apa, snap sana sini dulu gambar aku.. Cakkk! :P

Hai korang semua! 

Dari kiri adik aku yang bongsu, mak aku yang terbaik di dunia ni, itulah saya, dan kakak aku yang teramat sporting.. Actually aku ada lagi seorang adik.. Tapi dia tak dapat join sebab dia pergi sambung study dekat UiTM.. Keseronakkan kami tuu tak laa berapa seronok sangat.. Kurang dua orang.. Abah aku dan adik aku.. Sedih sangat! Hukhuk..

2nd Destination :
Restaurant Hameediyah Tandoori Nasi Briyani yg Sangatlah Sedap

Menu Restaurant Hameediyah
Sedap korang!
Jemput makan

Nasi Briyani restaurant Hameediyah memang yang terbaik.. Tapi korang kena ada kesabaran yang tinggi bila nak pergi makan dekat restaurant Hameediyah ni.. Kenapa? Sebab restaurant dia memang ramai sangat orang.. Tempat makan pun tak cukup.. So korang kena tunggulah.. Aku jamin ketungguan korang yang berbelas-belas minit tu akan diganti dengan berbaloi-baloi..

3rd Destination :
Masjid Terapung Tanjung Bungah
Kami singgah sembahyang dekat Masjid Terapung Tanjung Bungah yang sangatlah cantek.. Subhanallah.. Memang indah.. Rekaan dalamannya memang buat aku terpaku seketika..

Belas ihsan Encik Hensem Google
Memang cantik kan korang.. Korang kena pergi tengok sendiri! Kepuasan korang akan terasa puas bila korang sendiri masuk dalam masjid Terapung ni dan duduk sujud dengan penuh khusyuk.. Subhanallah..

4th Destination :
Teluk Bahang Fishing Village yg dah Maju
Merupakan last destination kami sekeluarga.. Kalau para bloggie nak tahu tempat ni lah merupakan penggambaran cerita Ahmad Durrah dijalankan..

Gayat meh jalan atas titi ni

Sampai disini sahaja cerita aku.. Memang siyokk habis.. Kalau sesiapa yang nak bercuti sekitar Penang, bolehlah inform aku.. Bolehlah aku jadik pemandu pelancong korang semua.. Hekhek.. 


Thanks For Readings
✿✿✿✿copyright©2011-2014 all rights reserved by fiza suhaimi✿✿✿✿