Assalamualaikum and Hye Readers..
Hai korang semua.. Aku rindu korang! Korang sihat? Aku? Alhamdulillah.. Sihat dengan jayanya.. Hari ini dekat sekolah aku tak belajar.. Best tersangat sampai aku melompat terkinja-kinja.. Haha..
Students form 6 terlibat dalam hall untuk Program Sireh Pulang ke Ganggang.. Memang best habis.. Kakak dan abang facilitator yang sungguh whatever.. Dorang kongsikan pengalaman dorang masa dorang study form 6 dan sampailah dorang berjaya masuk universiti..
Bila aku dengar semua tu, tetiba perasaan malas aku yang menguasai segalanya terus hilang.. Malah aku tanam azam baru.. Aku akan study sampai aku dapat keputusan exam yang cemerlang.. Aku bukan sahaja study untuk lepas tangga kejayaan STPM tapi aku akan study sampai akhir hayat aku.. InsyaAllah.. Aamiin..
Program ini ada jugak selit pasal cinta cintun.. Kalau ikutkan aku nak cerita sampai esok pagi pun tak habis.. Aku ringkaskan lah ye.. Prasyarat cinta ada empat :
Pertama - Mempunyai niat untuk kahwin :
- Jangan taburkan janji-janji manis yang tak guna. Simpankan perasaan kahwin tu dahulu dan luahkan apabila sampai masa yang sesuai dan dengan izin Allah swt. Ingat, jangan terburu-buru!
Kedua - Cinta kepada Allah SWT dan insan lain :
- Kita mencintai seseorang seperti mana kita mencintai Allah swt. InsyaAllah hubungan kita akan berkekalan dan bahagia.
Ketiga - Aurat kena jaga :
- Tidak kira sama ada aurat percakapan, pakaian, mata dan sebagainya haruslah kita pelihara untuk mencegah daripada melakukan kemungkaran.
Keempat - Menjauhi daripada perkara yang melalaikan :
- Dek kerana kita suka sangat bercinta sampai kita lupa hendak menunaikan solat. Mana tidaknya kita terlalu leka mesej atau keluar seharian dengan teman istimewa kita itu sehinggakan kita lupa berdoa dan menunaikan yang wajib kepada Pencipta kita.
Itulah sedikit sebanyak yang aku dapat kongsi dengan korang semua.. Take a note okeyy korang semua dengan tips yang aku share ni.. Akhir sekali, tidak lupa jugak kepada Faci Suria dan Faci Wandi sebab sudi menjadi kakak dan abang Faci kepada kumpulan kami yang terlalu kegila-gilaan.. Harap lepas ni kita dapat berjumpa dekat universiti.. InsyaAllah.. :)
Thanks For Reading
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Tuan Puan Komen yang Cantek & Hensem .
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini .
Satu Pun Jadi lahh . Hekhek ^_^