Assalamualaikum and Hye Readers..
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan korang semua! Lama rasanya aku tak update.. So untuk precious entry aku kali ini semestinya aku nak post entry pasal tajuk dekat atas.. Hehe.. Okeyy, raya pertama aku beraya dekat rumah tok aku.. Meriah sangat apabila whole family berkumpul.. Huh, macam-macam kerenah.. Bingit satu rumah tok aku..
Kakak tercinta |
Semua sibuk dengan cerita masing-masing.. Tak lebih kurang ada yang sibuk dekat dapur sebab nak hidang ketupat lemang dekat tetamu yang bertandung.. Budak-budak jangan cakaplah.. Dorang bukan nak makan sangat pun.. Mintak duit raya je.. Lepas itu dorang sibuk mengira duit raya yang dorang dapat.. Teringat zaman kegemilangan masa aku kanak-kanak ribena lagi.. Apabila aku dapat duit raya je mesti senyum sampai ke telinga.. Gembira tak terkira.. Hikhik..
Tema raya tahun ini family aku pilih warna purple yang sweet.. Tapi aku je lain daripada yang lain.. Tersasar jauh.. Warna biru.. Memang kesian dekat aku.. Tapi aku tak berapa kisah sangat pun.. Janji kami semua dapat berkumpul.. :)
Korang dapat banyak duit raya? Aku? Haha.. Ada la ciput.. Cukup la untuk simpan dalam Encik Bank.. Untuk masa depan aku selain aku menyimpan cita-cita untuk menunaikan haji Rukun Islam yang kelima.. InsyaAllah..
Haha.. Ciput je korang.. |
Lastly, aku ingin mengucapkan Happy Eid Mubarak 2011 buat semua warga bloggie dan buat sesiapa yang membaca precious entry aku ini.. Selamat Hari Raya Aidilfitri korang semua! Maaf zahir dan batin!
Happy Eid Mubarak |
Thanks For Reading
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Tuan Puan Komen yang Cantek & Hensem .
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini .
Satu Pun Jadi lahh . Hekhek ^_^