27 May 2012

Sungguh, Wanita Sebegini Cantik!

Assalamualaikum and Hye Readers..


Subhanallah.. Sungguh indah ciptaan Allah swt.. Kecantikan sentiasa menjadi impian, idaman, dan kegilaan hamba Allah swt yang bergelar seorang wanita.. Namun tidakkah wahai sekalian wanita tahu bahawa disebalik kecantikan di balik kulit nipis ini ada simbolik yang Allah swt ingin kita fikirkan..
  • Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan.
  • Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
  • Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bahagilah makanan kepada mereka yang sedang kelaparan.
  • Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan. Maka, InsyaAllah, kita tidak akan pernah berjalan sendirian.
  • Dengan bertambahnya usia, kita semakin bersyukur atas nikmat pemberian Allah swt kepada kita kerana telah diberi dua tangan. Satu untuk menolong diri sendiri dan lagi satu untuk menolong orang lain.
  • Oleh itu, kecantikan wanita bukanlah terletak pada pakaian yang dikenakan, bukanlah terletak pada bentuk tubuhnya atau cara dia menyisirkan rambutnya.
  • Tetapi kecantikan wanita terdapat pada matanya. Iaitu cara dia memandang dunia dan melihat akhirat.
  • Kecantikan wanita jua bukanlah terdapat pada kehalusan wajahnya tetapi kecantikan wanita yang hebat terdapat pada kecantikan yang murni.
  • Dan kecantikan yang terdapat pada seorang wanita yang hebat iaitu kecantikan yang terpancar dalam jiwanya yang penuh dengan kasih dan perhatian akan cinta yang dia berikan. 
  • Maka, kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu. Itulah seorang wanita yang hebat! Subhanallah, Wallahualam. 
Thanks For Reading

21 May 2012

Selamat Datang 1 Rejab

Assalamualaikum and Hye Readers

Subhanallah cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah sedar tak sedar dah masuk 1 Rejab pun. Then Syaaban. Pejam celik pejam celik Ramadhan pulak yang menyusul. Tak lupa jugak kepada Syawal yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam termasuklah aku. Raya raya kehkehkeh. Tak terkejar masa rasanya. Masa bagaikan cemburu dengan apa yang kita semua lakukan. Atau aku sendiri yang tak pandai mengurus masa dengan baik. Allahu :)

Selamat Datang wahai 1 Rejab.. 


Adalah malam 1 Rejab, Imam Syafie Rahimahullah berkata ada lima malam dalam setahun, Allah swt bukakan pintu langit dan salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab juga dikenali sebagai bulan Istighfar.

Dalam bulan Rejab kita digalakkan untuk memperbanyakkan amal ibadat, menjauhkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat dan kemungkaran. Amalan puasa sunat dalam bulan Rejab juga merupakan salah satu cara untuk menambah pahala amal ibadat kita :)

"Sesungguhnya barangsiapa yang mendahagakan dirinya dengan berpuasa di dalam bulan Allah swt (bulan Rejab) maka ia akan memperolehi ganjaran dari Allah swt" 

Jadi korang semua dan termasuk diri aku sendiri marilah kita bersama memperbanyakkan doa dan istighfar. Mudah-mudahan Allah swt ampunkan dosa kita semua InsyaAllah. May Allah Taala ease everything :)


Thanks For Reading

16 May 2012

Segmen Exchange Bloglist "Blogger Apakah?"

Assalamualaikum and Hye Readers..

Okeyy malam  nii aku nak join segmen dari cik abg Mk Syahir kita.. Alarr blogger yang selalu buat muka innocent tuu.. kehkehkeh..


Korang boleh klik banner atas tuu kalau korang nak join.. Yang tak bestnye aku tak boleh laa masukkan blog Apakah? dalam bloglist sebab aku tak buat bloglist.. Sorry Mk Syahir.. hewhew.. Jom jom kita memeriahkan lagi segmen Mk Syahir nii.. Lagipun nii first segmen beliau.. Support Mk Syahir!! hekhekhek.. 

Tags :
Korang semua yang join segmen ni.. ^_^

Thanks For Reading
✿✿✿✿copyright©2011-2014 all rights reserved by fiza suhaimi✿✿✿✿