9 September 2011

Kawan VS Sahabat

Assalamualaikum and Hye Readers..

Aku nak mintak pendapat korang sikit boleh? Agak-agak korang apakah perbezaan antara Kawan dan Sahabat? Keliru deh.. Kadang-kadang aku terfikir jugak kawan vs sahabat itu sama ke.. Tidak kira la dari segi maksud, bunyi dan ejaannya.. Aku search dalam Encik Google pasal kawan vs sahabat.. Bermacam maklumat keluar.. Masing-masing bagi pendapat sendiri..

Ada yang cakap kawan ini hanya suka-suka.. Semua yang ada disekeliling kita itu merupakan kawan.. Kawan ini juga hanya untuk mengambil kesempatan atas apa jua yang kita ada.. Even kawan ini juga hanya untuk kita bergembira.. Tetapi apabila kita bersedih seorang kawan dalam beribu yang kita kenal itu pun tidak datang ambil berat pasal kita.. Entah la.. Aku pun keliru.. Wallahualam..

Though miles
Sahabat pula ada yang cakap seorang sahabat yang memahami situasi kita.. Memahami situasi kita? Macam mana itu? Hurmm apabila kita bersedih je, dialah yang selalu teman kita, hiburkan kita dan bagi advice dekat kita supaya kita menjadi lebih kuat untuk teruskan kehidupan.. Dia jugak akan cakap kita ini sebagai sahabat mereka didunia dan diakhirat.. Bestkan korang apabila kita mempunyai sahabat sejati yang sentiasa memahami situasi kita..


Jadi korang semua.. Hargailah sahabat korang yang sedia ada okeyy.. Most important, sahabat sejati akan mendoakan kesejahteraan kita didunia dan diakhirat.. Wallahualam..

Sahabat Muslimah

Thanks For Reading

7 September 2011

Happy Eid Mubarak 2011

Assalamualaikum and Hye Readers..

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Kemerdekaan korang semua! Lama rasanya aku tak update.. So untuk precious entry aku kali ini semestinya aku nak post entry pasal tajuk dekat atas.. Hehe.. Okeyy, raya pertama aku beraya dekat rumah tok aku.. Meriah sangat apabila whole family berkumpul.. Huh, macam-macam kerenah.. Bingit satu rumah tok aku..

Kakak tercinta
Semua sibuk dengan cerita masing-masing.. Tak lebih kurang ada yang sibuk dekat dapur sebab nak hidang ketupat lemang dekat tetamu yang bertandung.. Budak-budak jangan cakaplah.. Dorang bukan nak makan sangat pun.. Mintak duit raya je.. Lepas itu dorang sibuk mengira duit raya yang dorang dapat.. Teringat zaman kegemilangan masa aku kanak-kanak ribena lagi.. Apabila aku dapat duit raya je mesti senyum sampai ke telinga.. Gembira tak terkira.. Hikhik..

Tema raya tahun ini family aku pilih warna purple yang sweet.. Tapi aku je lain daripada yang lain.. Tersasar jauh.. Warna biru.. Memang kesian dekat aku.. Tapi aku tak berapa kisah sangat pun.. Janji kami semua dapat berkumpul.. :)

Korang dapat banyak duit raya? Aku? Haha.. Ada la ciput.. Cukup la untuk simpan dalam Encik Bank.. Untuk masa depan aku selain aku menyimpan cita-cita untuk menunaikan haji Rukun Islam yang kelima.. InsyaAllah..

Haha.. Ciput je korang..
Lastly, aku ingin mengucapkan Happy Eid Mubarak 2011 buat semua warga bloggie dan buat sesiapa yang membaca precious entry aku ini.. Selamat Hari Raya Aidilfitri korang semua! Maaf zahir dan batin!

Happy Eid Mubarak
Ikhlas daripada Fiza Suhaimi.. Semoga kita berjumpa lagi pada tahun akan datang! Biru, biru, biru.. Hehe..

Thanks For Reading

✿✿✿✿copyright©2011-2014 all rights reserved by fiza suhaimi✿✿✿✿