3 April 2011

Merentas Desa SMKDHAB

Assalamualaikum dan Hye Readers..

Syok habiss.. Apa yang syok? Mestilah merentas desa dekat sekolah aku.. Tambah-tambah pagi tuu hujan plak.. Tapi aku tengok adik-adik aku lari memang bersemangat even hujan renyai-renyai.. Aku plak tak habis-habis bagi sokongan moral dekat dorang..

Aikk, kenapa aku tak lari? Iyelah kami ni kakak yang paling tua dekat sekolah tuu, tak lahh tua sangat.. So kami yang paling senior kena organization sepanjang aktiviti merentas desa ni berlangsung.. Kami tak dibenarkan sama sekali untuk menyertai aktiviti merentas desa ini bersama juniors.. Untunglah kan.. Tapi apa yang untungnya! Tak best langsung aku tak dapat lari!

Aku of course mewakili rumah sukan Mat Kilau (Merah) tapi yang sayangnya rumah sukan aku dapat kedudukan last sekali iaitu nombor 4.. Sebabnya mata rumah sukan aku tak banyak.. Sedih la jugak.. Mungkin sebab aku tak masuk kot.. Aku kan juara lari.. Hahaha.. Tapi tak apa aku tetap happy dengan aktiviti merentas desa ni.. Weeeee.. ^_^v

Aktiviti nih berlangsung minggu lepas 26 March 2011.. Tapi aku tak sempat nak update dalam blog.. Banyak gila homework.. Pagi tu aku nak pergi sekolah pun, aku jalan kiri kanan macam orang mabuk je.. Tapi aku tak la sampai tidur dalam kelas sebab itu bukan habit aku.. Iye la tu aku tak tidur dalam kelas sangat.. Korang percaya ke? Hahaha.. 

Kejap-kejap aku nak upload gambar aku dan member baik aku yang sememangnya member terbaik di dunia akhirat.. Tak lupa jugak cikgu kesayangan kami..

Kami berempat 
Dari kiri saya Fiza Suhaimicikgu Noraini, cikgu Hazimah dan Faten NurSyakira.. Member baik aku.. Also my cute cousin.. Sukar nak percaya kan? Tapi itulah kenyataannya! Actually kami berdua dah jadi dua sepupu.. Okeyy, all right masa nihh time hujan.. Nasib baik lahh cikgu Noraini dan cikgu Hazimah bawak payung.. Bak kata pepatah "sediakan payung sebelum hujan".. Kalau tak basah kuyup lahh kami.. Thank you so much cikgu.. Muahh .. :)))

Gambar bawah ni plak aku dan Faten.. Aku tumpang motor dia..Motor aku tinggal dekat sekolah.. Naik satu motor senang.. Dia yang bawak.. Aku relax jee melayan dekat belakang..

Kita kawan dan awesome cousin!

Time ni kami on the way nak balik sekolah.. Kami ikut junior-junior yang masih ketinggalan dekat belakang.. Perempuan pulak tu.. Penat agaknya.. Memang jauh sangat dorang lari.. Kejap lari, kejap melenggang, kejap bergosip.. Hekhek.. Sambil-sambil tuu sempat lahh jugak kami berdua snap gambar.. Atas motor pun menjadi.. Janji kami ada kenangan.. :D

Both of we

Dari kiri Fiza Suhaimi, Nazihah, dan Faten.. Kami buat muka ayuu jee.. Depan kamera kan.. Kehkeh.. Orang cakap muka macam tuhh muka orang tak ada masalah.. Betul ke? Tapi aku rasa aku lahh orang yang paling bermasalah antara mereke-mereka semua.. Kerja sekolah aku pun boleh tertangguh.. Entah apa yang aku buat pun tak tahu lahh.. Aku ni memang pun suka cari pasal dengan cikgu.. Well, sekolah bapak aku yang punya.. Hakhak.. :P

Kami lagi!

Dari kiri Faten, Fiza Suhaimi dan Azreen.. Tak lupa jugak dekat azreen yang mana merupakan kawan baik kami bertiga.. Dia selalu tolong aku dan kawan-kawan dia yang lain time kami semua tengah susah.. Dia susahkan diri dia tak apa janji dia nak kawan-kawan dia senang.. Itulah namanya seorang sahabat yang setia kan? Kadang-kadang timbul lahh jugak satu perasaan tak puas hati aku dekat azreen tapi aku tahu dia seorang yang baik.. Dan mungkin dia tak sedar dia buat silap.. Actually kami berempat ada lagi member baik tapi dorang hilang kemana entah.. Tak dapat dikesan.. Aku sayang semua kawan-kawan aku.. Saat aku susah, dorang selalu ada buat aku..

Thanks For Reading

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Tuan Puan Komen yang Cantek & Hensem .
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini .
Satu Pun Jadi lahh . Hekhek ^_^

✿✿✿✿copyright©2011-2014 all rights reserved by fiza suhaimi✿✿✿✿